Ogos yang paling menyedihkan Seumur hidup aku, sudah 23 kali Ogos telah aku lalui dan percaya atau tidak, Ogos yang ke 23 kali inilah yang paling menyedihkan, memilukan, memeritkan dan membuat aku menangis. Jarang-jarang tiga peristiwa tragis berlaku dalam bulan yang sama tetapi percaya atau tidak, ianya terjadi. 1. “Not all heroes wear cape” Kata-kata ini merupakan kata-kata yang sangat popular di kalangan pengguna internet apabila terdapat individu yang membuat kebaikan dan kebaikannya itu dirakam tanpa disedari dan ditular. Merujuk kepada kata-kata ini, teringat aku akan allahyarham ayah aku yang sudah genap setahun meninggalkan aku. Sejujurnya semasa arwah masih hidup, aku tidak rapat dengan arwah dan aku seringkali mengelak daripada menegur atau bermesra dengan arwah. Arwah merupakan jenis yang tidak menunjukkan apa yang dialaminya dan sentiasa memendam apa yang dirasainya. Arwah sentiasa sibuk dan jarang berkomunikasi dengan aku. Walaupun ketika musim...